Saturday, April 18, 2009

Macam mana ni...




Aku xfahamla tgk gambar ni..Jabatan Agama boleh bagi penjelasan?

Mum and Dad will Provide...

Barangsiapa yg hafal & mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah & malaikat & akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1. Bismillahhirrahmannirrahim : pada tiap2 kali hendak melakukan sesuatu.
2. Alhamdulliah :pada tiap2 habis melakukan sesuatu.
3. Astagfirrullah :jika tersilap mengatakan sesuatu yg buruk.
4. Insyaallah :jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
5. Lahaulawalaquataillahbillah :bila tidak dapat melakukan sesuatu yg agak berat atau melihat sesuatu yg buruk.
6. Innalillah :jika menghadapi musibah/melihat kematian.
7. Laailaahaillallah :bacalah sepanjang siang & malam sebanyak- banyaknya.

Amalkanlah selalu moga2 kita tergolong dikalangan orang yg terpilih oleh Allah.

Sabda Rasulluah, "siapa yg menyampaikan satu ilmu & orang yg mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."

Friday, April 17, 2009

Boring, konfius, gembira semua ada…

Hari ni tak tau nk cakap apa…kadang2 hidup kita rasa hapy, kadang2 kita rasa sedih, kadang2 kita rasa ramai kawan, kadang2 kita rasa sunyi…ntahla…mngkin ni yg dinamakan asam garam hidup. Kita xkn terlepas dari smua tu. Arini kita rasa orang baik ngn kita, esoknya rasa mcm semua org benci kita…tension gk bila fkir smua tu.tapi nk wt camne..trima jela.

Mungkin org sekeliling kita ada masalah, kita xtau kn?tapi bila ditimbal balik, xbaik gk kita nk nyibuk hal orglain kn…biar la dia setelkan masalah dia. Kita pn bila ada masalah xnk org gangu gk kn? Tension kalau fkir masalah…smua org xleh lari dari masalah kn..?kita kena fhm la…

Aku xkesah bila org marah aku ke…apa ke…buat mcm xde prasaan je walaupun aku ni mudah trasa…xpe, abaikan jela.berila dia masa…aku xnk dh paksa hidup org…kalau takecare, takecarela, kalu xnk xpela, lgpn sebelum ni pn aku sorang gk.xde sape amik tau hal aku.xkn bila rasa diri disayangi, kita nk manja2 lak kn…orglain xde msa nk layan diri aku yg suka mrajuk ni kn…xmalu, dh besar pn nk mrajuk, kena pujuk la.bila la nk matang mcm ni.adeh.buang la sikap mcm tu…xde maknanya smua tu!

Bosannya arini..xtau nk wt apa..dr td asyik kemas umah, aku rasa dh tratur kit kot umah aku.kalau x dh mcm apa ntah. Gi giant pg td, beli plastik sampah & honey star.penuh sampah satu plastik tu…huhhu, leh tahan gk sampah kat dlm umah. Aku buang mana2 brg yg xnk pakai. Rasa lega kit..fuh,dh terlampau kemas bg aku la.hehe.

Petang td kuar gi pusing2, ingatkan nk shoot gambar tasek kat Nusa Rhu, tp kamera ngn abg aku lak. Xpela.. last2 masa dh masuk highway td, tersinggah kat KFC petronas tu, blasah mkn snake plate jp.lapor nya pasal. Nk gi amik kamera, tp abe dh nk kuar amik wife dia. Xjdla aku nk gi amik, trus pusing blk umah. Tgk tv lg bagus. Mata pn dh ngntokla plak. Adeh. Bosannya!!!!!!!!!!!!!! tp kn masa nk tido, aku sms kat dia....Tup3x...dia balas mesej kat aku mlm nya..bestnya!! baru leh tido..hehe

Sunday, April 12, 2009

Bukan janji tapi pasti...

Harap dan mengharap pada sesuatu yg blum pasti...sedihkan?mungkin aku patut blaja dari kesilapan lalu..npela aku ni..xpenah amik iktibar...maafkan diriku....

Nak amek gambar jgn lupa member kat belakang...

Hehe…klu nk masuk umah tgok dulu kiri, kanan, depan & blkang…

Kecantikan lelaki,kegagahan wanita

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah: -
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada Kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah: -
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW :"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat "
Surah Al-Ahzab : Ayat 71
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIRROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi MahaPenyayang..'

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH.. Maka apabila kamu menulissesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulispada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatudengan BISMILLAH.. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejakBISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arahbarat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang danterlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orangsakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan diatas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalahBISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada19 ( QS.AL Muddatsir:30).Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allahselamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiaphari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap hurufberkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dankamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akanmengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosakedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunungkepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendaktidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran,maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orangyang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklahkeberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Sebar kan lah pada semua kenalan anda. sabda Rasulluah, ' siapa yangmenyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan berolehpahala walaupun sudah tiada.... '

Friday, April 10, 2009

Bukan manusia saje yang mengalami masalah berat badan...


Lebai Saiful...


Lebai saiful masa dtg umah umi td...tersesat jap..hehehe

Fikiran aku kusut lg...

Bila terkenang semua yg terjadi sejak akhir2 ni aku rasa makin kusut... aku minta maaf kat semua...AKU TAKKAN DAN TAK NAK PAKSA ORG LAIN UTK MENYAYANGI KU LAGI... aku xnk lukakan hati sesiapa lg... kenapa dgn aku ni..aku xfhm hidup aku... aku mudah trasa sgt sejak akhir2 ni... pening bila fikirkan semua.. ada ke org syg kt aku...? kenapa hidup aku xmcm orglain....sedihnya!!!!!!!!!!!!!!!

Wanita & Pokok Semalu

Ada Hadis meriwayatkan bahawa pada suatu hari, Rasulullah s. a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r. a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah s.a.w dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.

Rasulullah S.A.W menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil. Insya-Allah.

Thursday, April 9, 2009

Mencari redha mu Ilahi...

Insyaallah... semoga ada mentari dan dihiasi dengan pelangi dalam hidupku... aku xterlalu mengharap...kerana aku sedar siapa diri aku... jika dia bukan utk ku... aku trima... aku xnk memaksa hidup orglain lg...moga ada insan yg ikhlas berkawan dgn ku... cukupla perkara yg lepas bnyk mengajar aku erti kehidupan... dan aku redha jika hidup ku terus begini... kerana aku takut aku xdpt membahagiakan org lain... cuma aku berharap ada yg dpt memahami diri aku seadanya. aku mungkin xmcm orglain... mungkin ada kekurangan nya... moga aku dpt mengubah cara hidup ku ke arah mencari redha Illahi... insyaallah. Ameen..


Monday, April 6, 2009

Balik umah umi lg...


Mcm biasa arini cuti je blk umah umi...boring gk la arini sebab aku asyik tido je...mcm buang masa lak.adeh..bgn tido je mkn...tp bdn xnaik2pn..hehe

Saturday, April 4, 2009

Saya beli hp baru...

Hari Khamis lepas, gi beli barang2 nk gi umrah kat PKNS, pastu ternampak ada sales kat SACC Mall Shah Alam... jualan murah hp... sy dh lama nk bli hp motorola..beli yg murah je..dapatla beli satu..cantik gk la..puas hati.hehe

Wednesday, April 1, 2009

Fesyen Rambut 70-80 an

Kalau tak percaya, cuba tgk album gambar lama bapak korang. haha

Haiwan Peliharaan Eksotik

Gajah ke apa tuh kecit bebenor!

Kesesakan lalulintas

Punca kesesakan lalulintas di negara Arab

Apakah itu internet...?

Orang Afrika dan Internet...
P/s:- (gambar ini hanya gurauan dan lawak sahaja...)

Berape laju bleh rempit nie??

Hebat motor ni... aku xfkir motor ni atas jalan...terbang kot... hahahaha