Thursday, February 26, 2009

BERSIHKAN

Anggota bomba dan penyelamat memancutkan air bagi membersihkan sisa tumpahan minyak petrol daripada sebuah lori tangki yang terbalik dalam satu kemalangan di Batu 5.

Wednesday, February 18, 2009

Erti Syukur

Album : Satu Tekad

Lafazkan kalimah syukur
Lafazkan kalimah itu
Alhamdulillah...Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi
Tuhan Maha Pemurah
Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah
Kenikmatan yang bertandang
Terkadang tidak dihiraukan
Lepas dari pandangan
Dan bila hilang barulah dikesalkan
Adakalanya aku hanyut
Adakalanya aku lupa
Adakala aku leka
Ampunilah...Kerana ku manusia
Lemah dan tidak berdaya di sisiMu
Seringkali terlupa nikmatMu
Datang tiada jemu
Bila terhimpit mulalah
Mencari dan menyebut namaMu
Barulah merasai makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmatMu
Adakala ku hanyut
Adakala ku lupa
Adakala ku leka dan adakala ku alpa
Kerana ku manusia
Lemah dan tak berdaya
Seringkali terlupa nikmat yang Kau kurnia
Ku bersyukur ya Tuhan
Segala pemberian
Walau luas lautan
Bukanlah perbandingan
Ku tingkat keimanan
Ku gilap ketaqwaan
Sebagai perlambangan
Terima kasih ku Tuhan
Onak duri kehidupan
Jatuh bangun sendirian
Ada hikmah yang tersimpan
Yang menguji iman
Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba bukan diminta
Sebaliknya Allah Maha Mengetahui
Kan ku bertasbih selalu
Bertahmid berzikir padaMu
Sebagai tanda ku nilai RahmatMu Tuhan
Aku bersyukur Ya Allah
Segala pemberianMu pada ku
Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan
Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi Tuhan Maha Permurah
Bukan miliku pinjaman sementara
Syukur Alhamdulillah
Sesungguhnya solatku,Amalku, hidupku, matiku
Kerna Allah yang satu
Kuserahkan segala harta jiwa dan raga
Sebagai tanda cintaKepadaMu Yang Esa

14hb Februari 2009...

Tarikh keramat aku... mulai hari ini... aku mula benci perjalanan hidup aku...aku sedih atas apa yg telah berlaku pada ku sepanjang aku hidup... kenapa ia berlaku.......... aku xdpt trima smuanya...

After Obama used...

Monday, February 16, 2009

Sinar Harian mula jelajah Perak

SHAH ALAM – Sebanyak 17 kereta Skuad Cakna Sinar Harian berlepas menuju ke utara tanah air bagi memulakan program Promosi Konvoi Jelajah Negeri Perak bermula 16 hingga 23 Februari ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd (KKSB), Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, program selama tiga hari dua malam itu bertujuan mempromosikan akhbar Sinar Harian di setiap daerah negeri itu.

Beliau berkata, konvoi yang bermula seawal jam 8 pagi itu juga bertujuan bertemu masyarakat setempat di samping beramah mesra bagi memperkenalkan wartawan ‘Skuad Cakna’ yang ditempatkan mengikut daerah berlainan.

"Saya berharap konvoi yang bermula pada hari ini akan selamat tiba ke lokasi dengan jayanya.
"Saya yakin dengan pengalaman staf terbabit dengan promosi ini dan amat berharap semuanya berjalan lancar," katanya selepas sesi ‘flag off’ konvoi di pekarangan Kompleks Karangkraf, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarang Kumpulan KKSB, Abd Jalil Ali, Pengurus Besar Sumber Manusia KKSB, Ahmad Nazri Mohd Noor dan Ketua Polis Trafik dan Ketenteraman Awam Negeri, Che Husein Omar.

Sementara itu, Che Husein berkata, beliau mengingatkan petugas marshall supaya mematuhi peraturan lalu lintas sepanjang program konvoi itu berlangsung.

"Marshall perlu bertanggungjawab, sekiranya berada di persimpangan dan melihat lampu merah di hadapan, marshall perlu mengikut peraturan lalu lintas dengan memberhentikan kenderaan.

"Kita melihat selalunya berlaku kemalangan melibatkan peserta konvoi apabila marshall tidak mengikut peraturan yang ditetapkan," katanya.

Wednesday, February 11, 2009

Me at office


Gambar ni diambil 2 tahun lepas....ni meja kedua aku kat Sinar Harian...sekarang aku dh berada di meja keempat..jap lg pindah meja lg..aku pn xtaula brape kali nk pindah meja..adeh

Sekitar Melaka

Sungai Melaka waktu senja

Melaka waterfall

Bangunan MBMB

Pintu gerbang negeri Melaka kat Ayer Keroh

Penerangan tentang Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka

Menara di pintu gerbang

Galeri Tun Abdul Ghafar Baba di Peringgit

Asrama lelaki KYM di Peringgit (asrama aku dulu...)

Kitaorang gi Melaka lagi...





Semalam (Selasa 10 Feb 2009), aku & wife pi jalan2 Melaka..dah lama xpergi sini. last kitaorg gi aritu..xingat dh tapi tahun lepas la...

Pesta Cahaya Jonker Walk Malacca




Semalam (Selasa 10 Feb 2009), aku & wife saje pi jalan2 Melaka, nak tgk Pesta Cahaya kat Jonker Walk...mmg cantik sgt...teruja betul tgk lantern mcm2 bentuk.


Singgah Pekan Batu Kikir

Masa ni aku on the way ke Muadzam, singgah jap kat Pekan Batu Kikir, Daerah Jempol, Negeri Sembilan..

Saturday, February 7, 2009

Friday, February 6, 2009

Sebuah Karangan yang paling berimaginasi oleh anak sekolah

"Sebuah Karangan yang paling berimaginasi oleh anak sekolah untuk bandingan cerpen YBJ Chamil Wariya

KEMALANGAN YANG PALING NGERI SAYA PERNAH ALAMI

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Syabaspun belum ada teknologi untuk masalah ini.

Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya.

Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”.

Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Diapun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer.

Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puashati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu.

ia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi.

Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu.

Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.

Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati."

The middle photo..............will surprise you........

Smooth transfer and takeover...

Wednesday, February 4, 2009

Gula2 BN...

Pembalutnya cantik...dalamnya xbest...

Tuesday, February 3, 2009

Sekitar balik kg Kelantan Jumaat, Sabtu, Ahad lepas

Sekitar Kusial Bharu... lot kedai lama...semua kedai ni masih kekal dari zaman mak aku kecik lg sampai la sekarang....

Kedai ni baru dibina setelah satu bangunan lama dirobohkan...
seingat aku bangunan lama tu selalu ada ceramah politik kat situ...Semangat 46...
Kedai Bakar...tempat selalu aku beli jajan masa kecik2 dulu...
nenek aku selalu bawa aku & abg aku beli mcm2 kat sini..
Pasar lama...aku masih tertanya2 ada mcm toilet ke apa kat luar tu?
Boleh sesiapa bagitau aku apa benda tu?
Balai Polis Kusial Bharu..tepi (kanan) bersebelahan kedai jahit...


Sekitar Kusial Bharu...umah atok aku

Nenek aku sakit tenat kat kampung





Jumaat lepas aku rushing blk kg Kelantan..mak aku call mlm Khamis katanya nenek aku dah tenat...kelam kabut gk la kemas beg...aku & wife blk ngn abg & kak ipar aku....kesian aku tgk nenek aku...